Friday, July 17, 2020

Hai I'm back!

After 7 years.. πŸ˜†

Hai semua yg masih sudi membaca blogku ini. Selepas 7 tahun baru terasa nak sign in balik itupon disebabkan faraheen yg igtkan. Kalau tak maybe dah lupa yg aku ni penah ada dan penah tulis blog. Sebenarnya dah lupa password tp taktau la mcm mana bole bukak pulak. Maybe sbb aku guna email sama kat hp kot. Tp alhamdulillah tak payah aku nak pening2 pikir apa password blog aku kan. Senang keje. πŸ˜…

Dah alang2 boleh sign in ni kita menulis la sikit2. Boleh jugak buat isi masa lapang. Haha.. Masa lapang la sgt. Sejak dah kawen dan beranak pinak ni dah takde istilah masa lapang atau me time. Hmm.. Oh btw, nak bgtau la yg aku dah kawen dan punya anak dua. Suamiku? Jgn taktau yg aku ni setia orgnya. Alhamdulillah, masih berjodoh ggn org yg sama. Mr chipsmoreku. Hihi.. I love u abang. 😘😘

Byk jugak sebenarnya tulis tp kita sambung next time la. Anak dah bangun mintak susu. Ok lah, ini sajalah entry pertama setelah 7 tahun menyepi. Babai.

My Family ❤️

Monday, March 25, 2013

Lirik Lagu Putih-Putih Melati - ST12

Assalamualaikum.....

Hari ni aku nak kongsi ngan korang lagu favorite aku buat masa ni.. Nah aku kasik korang lirik lagu putih-putih melati.. Enjoy!

Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
Kerna kau tak seputih melati

Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lajutkan 'tuk berbagi kasih
Kerna kau tak seperti melati

Chorus
Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima

Ulang chorus 3x

P/S: Karok best nih! huhu

Saturday, March 23, 2013

Typo url blog laa

Assalamualaikum....

Alamak, aku tertypo url blog! haha... Itu pon kalau korang perasan. Kalau x perasan bagus jugak. hehe.. Dan disebabkan aku dah tersalah, nah aku kasik korang pantun (biar xde kene mengene pon..haha)..

Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Rumah pak mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Oii pak mamat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah langsir kuning ke, merah ke, hijau ke.

P/S: Pinjam pantun dari hafizamri.com.. Jgn marah..hehe

Kami, Steamboat, dan Reunion.

Assalamualaikum......

     Hai..hai..hai...hehe...tahun ni korang da buat reunion? x kisah la reunion pape pon.. Aku baru je lepas buat reunion minggu lepas. Senang ckp pre-reunion la..ngan aku punye rumate mase tahun satu dulu.. Sebenarnya kami da rancang lame da nak buat. Tp asyik tunda-tunda je. Yela, masing-masing bz kan (wlaupon sbnrnya aku yg slalu bz)..haha.. Alhamdulillah setelah kami duduk berbincang (bincang dlm fb je pon), akhirnya kami mencapai kata sepakat utk buat reunion ni dekat Hotel City Times, Kuantan.. Tempatnya x jauh mane pon kalau korg dari bandar. Lebih kurang 10 minit je. Tempat ni betul-betul kat sebelah Wisma Belia. Orang Kuantan mesti tau punye kan..

     Aku xtau pon pasal booking-booking tempat ni. Tu semua dah dibereskan oleh cik Ayu kite ni.. Cik Ayu ni satu-satunya diantara kami berempat yg da abes blaja (da graduate la maksudnya) dan skrg ni tgh bekerja. Kerja kat mane? Biarlah rahsia. idak gitu cik Ayu? hahaha... Ok, aku sebenarnya nak cerita pasal reunion, bkn pasal cik Ayu (sowi ayu next time aku cite pasal ko k..haha). Utk reunion kami ni, kami pilih tuk makan steamboat. Why steamboat? eh, suke hati kami la nk makan ape kan.. haha.. ok2, gurau je k jangan marah. Alang2 dah cerita pasal steamboat ni, meh aku tolong promote ckit tuk hotel tu. Steamboat yg kitorg makan ni BBQ steamboat buffet Korean style la.. bukan setakat makan steamboat je, bbq pon ade. Kat situ ade macam-macam yg korg boleh mkn sbb die buffet so die all-you-can-eat laa. Korang nk makan sampai pecah perut pon boleh. Harga berpatutan dan berbaloi.. Aku rase tak rugi kalau korang try makan kat situ. Kalau nk tau lebih lanjut korg boleh google je. Ala macam x biase google-google ni kan.. hehe..

Inilah dia ex-rumate aku

Me with Azie.. ;)

Yg sebelah kiri ni la cik Ayu..dan cik Anis..huhu

P/S: Kalau teringin nak makan steamboat, boleh la try kat tempat ni.. Eh, lupe plak nak ckp yg tom yam die best dan sedap.. Selamat mencuba!

Friday, January 11, 2013

Akasia - Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum.....

Dah lame rasenye aku tak mengupdate blog ni. Hari ni tetibe aku rase nak menulis plak padahal aku sebenarnye tak tau pon nak tulis ape. Tangan ni dah gatal sangat kot sebab dah lame tak bukak blog. Al-maklumlah kalau dah jadi budak tahun akhir ni, bz memanjang. Pertamanya bz tengok movie laa.. Yg kedua baru psm.. hewhewhew...

Sekarang ni kat tv seme orang sibuk tengok cite Adam & Hawa. Akulah salah seorangnya. Biar takde tv pon kat hostel, yang penting ade sharing tempat aku boleh donlod cite tu. Malam ni dah episod akhir, so drama seterusnya pilihan aku yg bakal menggantikan Adam & Hawa adalah cite Setia Hujung Nyawa. Aku sebenarnya dah baca novel tu. Same mcm novel Adam & Hawa tu lah. Jalan citenye best jugak, tp bile dah dijadikan drama ni macam lg best plak. So, kalau korang terasa nak tengok drama adaptasi novel karya Fatin Nabila ni bolehlah menonton di tv3 dalam slot akasia, pukul 7 malam setiap hari isnin sampai khamis.

Sinopsis:
Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu zain Datin Adibah mengambil keputusan menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.

Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisih faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis dihadapan keluarga masing-masing.

Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagiaan rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.

Sementara itu, datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?


P/S: Selamat Menonton :)

Saturday, August 4, 2012

Baju Raya

Assalamualaikum......

Hai semua! Ari ni pose x? Haha.. pose jangan x pose ye. Fuhh!! Penat btol ari ni. Seharian berjalan p cari barang kahwin kakak plus beli baju raya. Korang dah beli baju raya?? Hurmm....korang mesti awal2 da prepare baju raya kan. Semangat nak beraya katekan..Hehehe.. Baju raya taun ni tema ape? Bunga2? Pokodot? Kalau cakap pasal tema baju ni yang pening nak pk kan. Nak pilih kaler lg. Tapi kalau yg x bertema tu lg senang. Tak payah nak pening2 kepala kan.

Family aku taun ni nak tema kaler purple. Sebenarnya ni idea kakak aku. Ntah la tetibe je die nak kaler purple. Purple? Ok, nasib baik baju kurung xde kaler purple lagi. Pusing2 kuantan siang tadi jumpe gak kaler purple. Beli yg ready made je. Senang cite. Baju aku xde la glamorous sgt pon. Biase2 aje. Janji boleh pakai. Bile dah beli baju mesti pening nak beli tudung plak. Tapi disebabkan aku ni xde la pemilih sgt orgnye, maka dgn itu aku rase pakai jela tudung yg dah sedia ade. X payah nak beli2. Membazir je. Lagipun tudung 2 pun kaler purple gak. Matching la ngan baju yang aku dah beli 2.. So, skrg baju raye dah settle. Thanks to my mom sebab sponsor baju raye taun ni. Elaun aku bulan ni bolehlah simpan buat p shopping nanti. Heheheh...

P/S: Bersederhanalah dalam berbelanja.. :) 

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum....

Pagi semua! Lame da x menjenguk blog ni. Nampak macam da usang je. Ape la tuan punye blog ni, tak dijagenye THE TYPEWRITTER ni elok2. Nanti da berhabuk baru tau. Puas plak nak mengemaskini nanti.. Hurmm,yela2 nak jage la ni. Nasib baik nak lawat jugak,kalau tak cam ne?? Untung tau ade owner macam saya ni. Haha.. Udah2..Jangan nak merapu sgt laa,org tak suka.. Ye dop?? Huhu..
Alang2 da singgah sahur ni, saya nak mengambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Berpuasa kpd semua yg beragama Islam. SALAM RAMADHAN untuk semua k. Rase2nye macam baru je sambut ramadhan taun lepas, sekejap betol mase berlalu kan. Haa..ni da masuk bulan ramadhan, da abes ganti pose yg sebelum2 ni? Mesti la da abes kan. Budak baik. huhu..
Semoga ramadhan kita tahun ini diberkati oleh Allah s.w.t. Mesti pose penuh tau. Jangan nak pose yang yuk je. Yang lelaki tu pastikan pose anda penuh sbb anda xde sbb utk tidak berpuasa melainkan ade keuzuran. Keuzuran di sini bukannya bermaksud seperti keuzuran wanita tetapi ia membawa maksud sakit atau tidak mampu untuk berpuasa sehingga boleh memudaratkan. Ada paham? (macam ustazah plak kawan rase..huhu). Bukan ape, ingat mengingatkan tu kan bagus. Lagipun xde sbb utk kite tak berpuasa sedangkan kita mampu. Dan yang paling penting dan kita mesti ingat, jangan sesekali kita lupa bahawa berpuasa di bulan ramadhan itu adalah WAJIB kerana ia adalah salah satu rukun Islam..

P/S: Doa Ramadhan Hari Pertama - "Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku. ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Wednesday, May 9, 2012

Stressssssss......

Assalamualaikum........

Sambil2 menunggu nak p kelas German jap lagi tetibe rase nak menulis. Sebabnye mungkin tgh stress skrg ni. Stress? Stress adalah istilah payung yg merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, anxieti, kemurungan dan hilang daya pertimbangan. Macam tu la yg aku tgh rase skrg ni. Stress nak mati bile bercakap pasal LI dan register subjek ni. Tapi yg paling x boleh bla dan aku rase macam nak sepak2 je bile dgr org ckap pasal LI. Sebabnye aku x dpt tempat lagi kot. Dah la jumaat ni tarikh akhir antar borang SLI. Tension gile la cm ni. Asal aku je yg x dapat. nak kate aku x antar resume, byk kot. Kalau xnk amik intern pon at least balas la NO kat reply letter aku tu. ni tak biar cam tu je. Aku kol ckp dalam proses lg. Aduhai, sabar la hati...Okey la, nk p kelas dulu. Adios. Sayonara..

P/S: Banyakkan bersabar..semoga ade hikmah disebaliknya...

Tuesday, May 1, 2012

Bersih 3.0

Assalamualaikum....

Hai semua! Ape khabar? Sihat tak hari ni? Sy doakan semoga anda semua sihat2 belake. Eh, buat ape tu? Owh, tgh layan facebook ke...hurmmm,balas2 komen pasal Bersih 3.0 ke?huhu.. Itu la, bukan nak ckp ape. Rase malas pon ade gak nak bukak muka buku ni. Kat home je penuh ngan cite pasal Bersih. Ade yang mengutuk. ade yang membela. Macam tadi la, aku bukak je facebook, penuh kat home aku org dok ckp pasal bersih. Ake de bace pasal luahan hati seorang anak polis ni. Bila da bace baru aku paham cm ne perasaan diorg. Betol jugak ape yg die ckp tu. Kite mmg la x rase sebab kite bukan anak polis. Cube kite letakkan diri kite kat tempat diorg. mesti kite pon akan rase mende yg same jugak kan. Sebab tu la aku x suke sgt bercakap pasal hal2 politik ni. Nak mengelakkan daripada mende2 cam gini la. Bukan la maksudnye aku ni org yg x amik tau langsung pasal politik negara tp pada aku bercakap isu2 sensitif cm ni kene la tgok pada tempatnye. Aku pon tau tanggungjawab aku sebagai seorang rakyat cm ne. Memang semua org ade hak masing2 nak memilih, cume kite x tau sama ada pilihan yg kite buat 2 betol atau salah je. Peace!

Dan satu lagi aku de terbace komen saudara ni pasal Bersih. Agak panjang la komen beliau. Aku rase tak salah kalau aku share kat entry aku ni. 

Komen saudara tu berbunyi cam ni: 

Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0

Bismillah....

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya

*****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?


Komen yang lain pula berbunyi begini:

Andai kite mnuduh perkara yang tidak benar tetapi kita membenarkannya ia adalah berdosa...


Andai perkara yang benar tapi kite menuduhnya tidak benar juga kita akan berdosa....

pikirkan la k.................................. jgn gunakan al-quran utk mnjadi ptunjuk agar kite sesama bermusuh.... tapi jadikan al-quran sebagai penawar dan penenang hati....
salam.....





So, pikir2 kan la mane yang baik dan mane yang buruk. Pada aku, kite kene nilai dari perspektif yg berbeza-beza sebelom kite buat keputusan. Tak boleh la nak dgr satu pihak je. Mungkin pihak2 yang lain ade point mereka masing2. Point2 mereka tu kite boleh wat rujukan utk kite menilai dan membuat keputusan yg lebih bijak. 

P/S: Sekadar renungan bersama. Cuma ingin berkongsi.

Thursday, April 26, 2012

Industrial Training....

Assalamualaikum.....

Hai semua! Sihat? Hopefully sihat2 la belaka ye. Hurmm,da lama x menulis. Hari ni baru ade kesempatan. Sekarang ni aku da nak abes sem 6. That's mean aku da nak masuk tahun empat. Tak sampai sebulan lagi aku akan ade final exam. Pastu cuti 3 bulan dan tup2 da masuk tahun empat. Wah,da nak grade rupenye. Rasenye baru lagi aku menjejak kaki kat UMP ni.

Cuti? cuti sem ni aku akan menjalani latihan industri. Tu yang sekarang aku dok pening ni. Tempat LI x konpem lagi. Rabu depan dah nak antar borang SLI. Haih.. Aku apply banyak kilang kot. Daripada 15 kilang yang aku mintak, baru ade 4 kilang yg respon. 2 kilang dah reject, ckp xnk amik intern. 1 kilang bg respon tp xde elaun plak. Bukan aku memilih nak yg ade elaun je tp at least dapat la jugak. Cikit pun xpe,asalkan lepas bayar duit umah ke kan. Sekarang ni aku tgh tggu result dari 1 kilang kat gebeng ni. Encik tu ckp dalam 1 @ 2 hari ni dia akan kol. Sebenarnye salah aku jugak. Mggu lepas die ade kol aku tp aku plak yg jwb. Bukan xnk jawab tp tyme tu aku ngah ade lawatan industri kat Perodua. Nasib2. Aku harap sgt mende ni akan settle cepat2. Kalau aku xdpt kilang sem ni maknenye aku kene amik sem depan. Dan korg tau ape maknenye tu? Maknenye aku kene extend sem. Oh no. Never! Aku tak nak extend. Sbb tu aku berharap sgt yg kilang Mieco 2 akan bgi positive result kat aku. Amin...

P/S: Korang doakan aku ye.. =)

Tuesday, March 13, 2012

Swimming, sakit mate, Johan, bla..bla..bla..

Assalamualaikum........

Hello semua! Da lame x update blog nih. Da dekat 2 bulan. Ape khabar? Hope semuanye dalam keadaan yg baik2 belake. Aku? agak kurang baik la..huhu...

Baru2 ni aku p swimming. Maksud aku belajar berenang la. Seronok? Mesti r..sape x seronok men air kan. Lagi2 da boleh berenang. Memang x igt dunia la duk dalam pool 2. Excited nak belajar berenang la katekan..haha..Nasib baik da boleh berenang,kalau x..Hurmm,xtau la kan.. Tapi 2 la kan,org ckp kalau suke2 sgt nanti dapat duke. Dan mende 2 mmg jadi kat aku pon. 2 la suke sgt kan. Nah amik kau!

Mmg patut pon aku rase. Sbb ape? Sebab kuar x bagitau mak..hehehe..Balasan la 2. Dah sakit baru nak bgtau kan. Pastu dpt dgr ceramah free. Agak lame la sampai panas telinge aku dok melekap kat talipon 2. Mmg padan muke ko Anom..huhu..

Da p cek doktor, nasib baik die ckp x bahaya. Risau gak aku kan, Yela kat mate lak 2. Penting! Nanti nak usha2 da x boleh kan..huhu..Tapi yg x leh bla boleh plak nurse 2 tulis name abah aku Johan dlm surat mc. Johan?? Sape plak 2? Sejak bile aku jadi anak Johan ni? Hahaha...kelakar la nurse 2. Da terang benderang siap pakai spotlight lagi yg kat IC aku tu SITI ANOM BINTI LEHAN.. Adoyai,2 la tulisan doktor sgt kan sampai doktor sendiri pon x pham..haha

Lehan & Johan.. Ejaan pon lain la..haih

Pasni da x boleh p berenang. Semua org da kasi warning. Mak,abah,kakak,awe, abg ijat pon.. Mak ckp kalau nak nak belajar berenang, p belajar kat sungai depan umah 2. Sungai 2?? harapan la..huhu..Air pon paras lutut nak belajar berenang cm ne. Haih, cm ne ni? Hurmm..mungkin lepas ni kalau nak p lagi kene bagitau awal2. bodek2 mak ckit.alahai macam x biase pulak kan..hehe..

P/S: Mak,, minta maap ye. Pasni boleh p belajar berenang lg kan?.. =D

Saturday, January 7, 2012

Apa Erti Sahabat aka Kawan?

Assalamualaikum......

Hai semua! Ari ni tibe2 rase nak menulis. Pasal ape? Macam tajuk yg korg nmpak kat atas 2 la. Entah kenape aku rase nk menulis pasal sahabat aka kawan ni. Maybe di saat ni aku tgh teringat kat seorg kawan aku kot. Hurmm, rase rindu plak kat yanie. Mungkin yanie sumber ilham aku untuk tulis entry ari ni. Hehe..

Adakah sahabat 2 kawan mase kite senang je? Atau sahabat 2 kawan mase kite susah je? Terpulang pada korg nak memahami maksud sahabat 2 mcm mane. Sbb setiap org ade pandangan masing2 kan. Bagi aku, sahabat 2 besar maknenye. Mungkin susah nak jumpe tapi wujud. Kite mmg berkawan ngan ramai org tapi x semua yg kite panggil sahabat kan. Macam aku. Macam korg. Mungkin seorg dua je. Abes 2 macam mane plak yg lain? Yang lain 2 kawan juga tapi sekadar kawan sekelas atau kawan study. Erti sahabat pada aku ialah seseorang yang sanggup berkongsi segala susah senang dan pahit manis bersama. Sbbnye kpd sahabat lah tempat kite mengadu kan. Sahabat jugalah org yg boleh memberi nasihat kepada kite, membantu ketika kite memerlukan pertolongan. Bila kite dah berkongsi semuanya dgn org maknenye kite percayakan org 2. Sbb ape? Sbb mereka adalah sahabat. Tapi bila dah bersahabat, sikap yg kite kene jauhkan ialah sikap mementingkan diri sendiri, talam dua muka. Bila kite dah bersahabat aka berkawan ni, kite kene tau la peranan seorg sahabat 2 macam mane. Ye dop? So, pada semua mereka2 yg bergelar sahabat diluar sana (termasuk juga aku) sama2 la kite jauhkan diri kite dari sikap yg suka mementingkan diri sendiri dan talam dua muka ni. Sbb ape? Sbbnye bile kite ade sifat mcm 2, nescaya kite akan kehilangan ramai kawan. Tak percaye? Try laa.. Kite tgok ade ke org yg nak kawan ngan kite kalau perangai buruk mcm 2 ade dalam diri kite. Oleh itu, kepada kawan2 sekalian tidak kira lah di mana saje anda berada pikir2 kan la ape yg terbaik dan perlu dilakukan untuk menjaga persahabatan kite yg sedia ade ni agar berkekalan selalu. Macam org ckp, kawan ketawa senang dicari, kawan menangis x siape yg sudi. Macam ni eh? Hurmm..lebih kurang la. Huhuhu..

P/S: "If you're alone, I'll be your shadow. If you want to cry, I'll be your shoulder. If you want a hug, I'll be your pillow. If you need to be happy, I'll be your smile... But anytime you need a friend, I'll just be me." - unknown.

Friday, January 6, 2012

Untitle...

Assalamualaikum.........

Salam jumaat semua! Yang ni entry kedua aku utk tahun 20012. Sebenarnya aku xtau nak tulis ape cuma saje2 nak membanyakkan post utk tahun ni. hehe.. Pagi td aku baru selesai menjawab second paper aku, PPC aka Production Planning and Control. Alhamdulillah, soklan xde la memeningkan kepala sbb semuanya soklan dlm buku. Pada sape2 yg dah buat maknenya 2 luck diorg la. Tp bg yg x buat 2 paham2 je la eh. Yg 2 semua salah korg sbb x buat latihan even lecturer dah ckp soklan dlm buku yg akan keluar final. Bertuah juga utk aku sbb soklan 2 seme aku dah buat cuma jawapan je la aku x pasti kan. Betol @ salah yg 2 kene tgok result nanti. Aku harap result aku OK dan kalau boleh A. Insyaallah. Amin.. Sekarang ni aku kene struggle utk PE aka Production Engineering plak. Paper ni ari senin. So, aku de mase 2 hari je utk siapkan soklan2 dalam buku yg tebal mcm kamus Cambridge 2. haha. Itu la kan, tyme study week di kala member2 sebok study aku plak sebok tgok muvi. So, skrg ni terima je la akibatnye. Jgn salahkan ibu mengandung. huhu...

P/S: Dear Sir Soroush Avakh Darestani, I hope u can give me a good result for my both paper, PE and PPC.. =D

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year


Assalamualaikum.....

Salam tahun baru semua! Walaupon agak lewat aku post entry tahun baru ni tp ari ni still 1hb kan. huhu.. So, HAPPY NEW YEAR! Dah masuk taun baru mesti semua sibuk nk list kan azam masing2 kan. Tp aku rsenye xde kot sbb mesti x jln punye la..Baik x payah listkan ape2 kan. Kalau rase nak nak buat,buat je. Yang 2 semua ikut nawaitu kite je. Cuma harapan aku moga2 tahun 2012 ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Bila melihatkan keadaan negara sekarang,aku jadi takut pulak. Baru je masuk tahun baru dah kecoh pasal demo dak UPSI tu. Aku bukan nak cakap pasal politik kat cni,cume selitan je ye..huhu.. Ape2 pon aku bangga jadi rakyat MALAYSIA! <3

P/S: Welcome 2012. Please be nice to me.. =D

Friday, December 30, 2011

Ombak Rindu beshhh!!


Assalamualaikum...........

Hai semua! Entry kali ni aku kongsi ngan korg tentang perasaan gumbira aku. Korg nak tau sbb ape? Sbbnye aku baru selesai tgok OMBAK RINDU.. hahaha.. Aku tau cite ni dah boleh dikategorikan sbgai "basi" tp ni la 1st tyme aku tgok. Akhirnya berjaya jugak aku tgok cite ni. Dah lame gile aku nak tgok tp x berkesempatan je. Ni semua salah kakak la,janji ari 2 nk bawak tgok wyg. Alih2 die dah p dulu. Tension je tau. Nasib baik skrg ni aku dah dpt tgok. Terima kasih sgt2 aku ucapkan kat sharing yg upload cite ni. Pok chek, arigato.. huhu.. Tacing gler tgok cite ni. Bertong-tong air mate aku ilang tau. Tp xpe,nasib bek cite ni beshh.. Sweetnye la Aaron. Die mmg sesuai pegang watak Hariz. Teringat Aaron mesti senyum sampai telinga.. hahaha..

P/S: Malam ni tido nak mimpi Hariz a.k.a Aaron Aziz.. >_<

Sunday, December 25, 2011

I'm a bad girl..

Assalamualaikum....

Hai semua! Tgh buat ape 2? Dah mkn ke? Korg semua sihat2 je kan. Alhamdulillah.. Mlm ni mcm mlm2 sebelom ni aku rse. BOSAN. Aku x tau nak buat ape. Sepatutnya aku study sbb aku kan da nak final exam mggu depan. Tp spirit aku xde la. Xde langsung rse nak study 2. Parah aku ni, mcm mne nk score kalau hidup aku asyik nak berpoye-poye je.. Marah btol aku rse.

Pedulikan! Ari ni aku bukan nak cite pasal study ke ape. Aku nk ckp pasal perasaan aku yg ntah ape2 sejak 2 3 ari ni. Bukan pasal cintan2. Tp perasaan x berape nak suke @ dgn kate len x brape nk berkenan la. Aku pon x tau nape la aku rase mcm ni. Ntah ape2 je. Bodoh pon ade aku rase. Nape la die wujud tyme ni. Sebelom2 ni aku ok je. Aishh,x paham btol aku. Aku ni sakit ke? ade split personality ke? Simpang malaikat 44 la.. Die xde wat salah ngan aku pon, die ok je tp aku ni je yg jahat sbb ade perasaan x suke kat die. Aku bukan benci tp kadang2 aku rase x berkenan ngan die. Aku pon xtau kenape. Perasaan ni dtg kadang2 tau. Kenape? kenape? kenape? Tolong la sape2 yg boleh buat aku paham knpe ngan aku skrg ni. Aku da rse mcm org giler je. Tetibe x suke kat org lak. Mcm la org 2 suke kat aku kan. Agaknye die pon ngah irritate giler ngan aku skrg ni. Siyesly, aku x suke gile ngan perasaan ni... Aku harap sgt perasaan x suke aku ni ilang cepat2. Beri la aku hidup dlm ketenangan.. Amin

P/S: Kepada yg berkenaan, aku mintak maaf k. Bukan niat aku x suke kau, tp perasaan ni aku xleh nk halang. Maybe 2 3 ari nanti ilang kot. I'm sorry 2 say k..

Biar Mimpi Sampai Ke Bintang..

Assalamualaikum.....

Pagi semua! Mesti skrg ni korg tgh enak dibuai mimpi kan. Aku plak terkontang-kanting sorg2 x boleh nk tido. Ni la padahnye kalau bgun tido lambat sgt kan (aku bgun kul 2 ptg beb..kalau mak aku tau,mampus! huhu). Bukan aku sengaja nk bgun lmbt tp aku tgok dak 2 org tu (aida n ernie) tido mcm xnk bgun je.. Aku pon mcm malas2 je la nk bgun kan. Lgpon skrg ni mggu study week. Mase ni je la kalau nk bgun lmbat pon sbb kelas xde. Sebelom2 ni, pagi2 da kene bgun. Balas la balik kan. Huhu...

Korg da tgok cite "Biar mimpi sampai ke bintang"? Aku baru je pas tgok ngan diorg td. Cite 2 best gak la. Klakar. Kalau korg tgok mesti gelak punye. Jalan cite die biase je. Cite cinte remaje. Standard la 2 kan. Tp klakar sbb ade watak Kina (bestfriend watak utama). Cite 2 gabungan pelakon malaysia ngan indon. Pelakon indonesia sorg je la,pegang watak hero. Randy Pangalila. Kenal kan? Ala..pelakon remaja indon yg ensem 2..huhu.. Yang selebihnya semua malaysia. Biasalah Malaysia is the best kan.. ngee~ Heroin die Elfira Loy. Biar aku cite sikit jlan cite die cm ne. Pada suatu hari..chewah mcm masuk pertandingan bercerita plak kan.haha..sowi2 k,main2 je. Yang ni btol2. Cite die mcm ni, Alya (Elfira) ni anak penjual ayam je. Die ade bestfriend, name dia Kina (pelakon baru,so aku x berapa nk kenal la =P). Kina ni anak org kaya, suatu ari 2 dia wat account fb utk Alya yg menyamar jd anak org kaya. Dalam fb 2, Alya berkenalan ngan sorg mamat ni. Name die Andy (Randy). Randy ni plak org kaya. Anak jutawan indonesia yg duduk kat Malaysia. Tp dlm fb 2, Andy ni plak menyamar jd anak org miskin. Terbalik la kan. Yg kaya jd miskin, yg miskin jd kaya. So, bile da chatting, Andy ajak la Alya jumpe sbb die nak tau Alya sudi x kwn ngan budak miskin mcm die. Diorg pon berjumpe dan nak dijadikan cerita mereka pon berkasih-kasihan laa kan. Yg seronoknye setiap kali diorg date mesti ade Kina. Klau ade part Kina mesti korg gelak punye. haha.. Seterusnya ape jadi ye? Kalau nak tau korg tgok la sendiri..huhu.. Selamat menonton..

P/S: Cite ni pada aku biase je. Mcm cite cinta remaje yg len. Cume cite ni buat aku gelak la. Klau korg rase x best, yg itu suke ati korg la kan. Setiap prg kan ade taste masing2..

Tuesday, December 13, 2011

Air oh Air..

Assalamualaikum.....

Aloha! Dah mkn blom? Aku baru je pas mkn. Makan nasi ayam Kamil yg aku beli kat pasar td. Sedap woo..Try laa.X rugi pon.huhu.. Hurmm,jap ag nk p postmortem pasal seminar 5S ari 2. Nak ckp ape nanti eh..xtau la.korg ade idea x? kongsi2 la ckit.Aku ni dah la jarang jd ajk program.x reti mende2 ni seme. Ermm..Alah, pe susah merepek je la nanti kan...huhuhu..Alamak,sakit perut la plak. Cam mne nih?air dah la xde. Bencinyeee... Pekan ni selalu je ade masalah air. X paham btol. Ke tersumbat?atau sebab banjir? waaa...nak buang air pun susah. Dari pagi xde air ni.Air yg simpan pon dah abes. Kalau esok pon xde air cm ne nak g klas? Xkan x mandi kot..Aaaaa..xnk la cm 2. Aku lebih rela x pegi klas. Biar la lecturer nak marah pon..tp yg pasti aku xnk pegi kelas kalau air still xde lg..muktamad!

P/S: Time mcm ni baru tau air itu amat berharga.. Pasni xnk membazir air dah.. =(

Salahkan FB,Twitter,Blog...huhu

Assalamualaikum....

Hai,semua! Buat ape 2? Hurmm,ni kalau x tweet2,mesti fesbuking kan?huhu... Da tau da..2 je yg ngah hot skrg ni kan.. Susah gak kan kalau ade social network ni. Seronok mmg la tp mcm buang mase ade gak kan? Macam aku la. Kalau x update blog,tweet2. kalau x tweet2,fesbuking. Abes 2 mane study aku?haha...aku pon xtau.. lagha betol. Sedar la anom oi,awok 2 dah nk final. Ce bukak2 la buku sikit. Kalau la mak ngan abah tau,mati aku. Antar masuk U swuh blaja bukan swuh buang mase men tenet je. Tp nak wat cm ne,tenet depan mate je. On lappy,terus connect. Bukan salah aku..Betol x?hehehe....

P/S: Mak Abah I LOVE U..hehe

Sunday, December 11, 2011

Jangan jadi manusia batu api...

Assalamualaikum...

Salam hari minggu semua! Entry kali ni aku nk share ngan korang semua pasal manusia batu api. First sekali aku nak tye, korang tau x maksud manusia batu api? Kalau yg tau 2 bagus la. Bagi yg x tau, meh cni aku bgtau korang. Batu api kat cni bukan la maksud batu yg ade api or berapi-api tp maksudnye someone yg suke sgt nk melaga-lagakan org lain dgn sengaja atau x sengaja. Means dgn niat atau tanpa niat la. Kalau ade niat 2 mungkin die jealous kot. Sebab 2 die wat cm 2,x pon die 2 KKS (kurang kasih sayang)..huhu.. Kalau yg tanpa niat lak mungkin hobi die kot. haahaha..

Aku meluat btol dgn org yg berperangai batu api ni. Menjengkelkan tau x. Disebabkan mulut die yg berapi 2,hal yg kecik boleh jadi besar. Disebabkan mulut die gak org boleh bergaduh. Disebabkan mulut die gak org putus kawan. Semuanya sebab mulut die la.. Menyakitkan hati betol. Aku xtau la ape yg die dpt kalau buat mcm 2. Tapi yg pasti die dapat dosa la sebab melaga-lagakan org. Buat org lain bergaduh,sakit hati and then putus kawan. Sayang,muke je cantik tp perangai teruk. Rugi2..

P/S: Mende ni byk berlaku kat sekeliling aku.. Hopely x terjadi pada aku la.. Amin..