Monday, March 25, 2013

Lirik Lagu Putih-Putih Melati - ST12

Assalamualaikum.....

Hari ni aku nak kongsi ngan korang lagu favorite aku buat masa ni.. Nah aku kasik korang lirik lagu putih-putih melati.. Enjoy!

Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
Kerna kau tak seputih melati

Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lajutkan 'tuk berbagi kasih
Kerna kau tak seperti melati

Chorus
Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima

Ulang chorus 3x

P/S: Karok best nih! huhu

Saturday, March 23, 2013

Typo url blog laa

Assalamualaikum....

Alamak, aku tertypo url blog! haha... Itu pon kalau korang perasan. Kalau x perasan bagus jugak. hehe.. Dan disebabkan aku dah tersalah, nah aku kasik korang pantun (biar xde kene mengene pon..haha)..

Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Rumah pak mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Oii pak mamat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah langsir kuning ke, merah ke, hijau ke.

P/S: Pinjam pantun dari hafizamri.com.. Jgn marah..hehe

Kami, Steamboat, dan Reunion.

Assalamualaikum......

     Hai..hai..hai...hehe...tahun ni korang da buat reunion? x kisah la reunion pape pon.. Aku baru je lepas buat reunion minggu lepas. Senang ckp pre-reunion la..ngan aku punye rumate mase tahun satu dulu.. Sebenarnya kami da rancang lame da nak buat. Tp asyik tunda-tunda je. Yela, masing-masing bz kan (wlaupon sbnrnya aku yg slalu bz)..haha.. Alhamdulillah setelah kami duduk berbincang (bincang dlm fb je pon), akhirnya kami mencapai kata sepakat utk buat reunion ni dekat Hotel City Times, Kuantan.. Tempatnya x jauh mane pon kalau korg dari bandar. Lebih kurang 10 minit je. Tempat ni betul-betul kat sebelah Wisma Belia. Orang Kuantan mesti tau punye kan..

     Aku xtau pon pasal booking-booking tempat ni. Tu semua dah dibereskan oleh cik Ayu kite ni.. Cik Ayu ni satu-satunya diantara kami berempat yg da abes blaja (da graduate la maksudnya) dan skrg ni tgh bekerja. Kerja kat mane? Biarlah rahsia. idak gitu cik Ayu? hahaha... Ok, aku sebenarnya nak cerita pasal reunion, bkn pasal cik Ayu (sowi ayu next time aku cite pasal ko k..haha). Utk reunion kami ni, kami pilih tuk makan steamboat. Why steamboat? eh, suke hati kami la nk makan ape kan.. haha.. ok2, gurau je k jangan marah. Alang2 dah cerita pasal steamboat ni, meh aku tolong promote ckit tuk hotel tu. Steamboat yg kitorg makan ni BBQ steamboat buffet Korean style la.. bukan setakat makan steamboat je, bbq pon ade. Kat situ ade macam-macam yg korg boleh mkn sbb die buffet so die all-you-can-eat laa. Korang nk makan sampai pecah perut pon boleh. Harga berpatutan dan berbaloi.. Aku rase tak rugi kalau korang try makan kat situ. Kalau nk tau lebih lanjut korg boleh google je. Ala macam x biase google-google ni kan.. hehe..

Inilah dia ex-rumate aku

Me with Azie.. ;)

Yg sebelah kiri ni la cik Ayu..dan cik Anis..huhu

P/S: Kalau teringin nak makan steamboat, boleh la try kat tempat ni.. Eh, lupe plak nak ckp yg tom yam die best dan sedap.. Selamat mencuba!

Friday, January 11, 2013

Akasia - Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum.....

Dah lame rasenye aku tak mengupdate blog ni. Hari ni tetibe aku rase nak menulis plak padahal aku sebenarnye tak tau pon nak tulis ape. Tangan ni dah gatal sangat kot sebab dah lame tak bukak blog. Al-maklumlah kalau dah jadi budak tahun akhir ni, bz memanjang. Pertamanya bz tengok movie laa.. Yg kedua baru psm.. hewhewhew...

Sekarang ni kat tv seme orang sibuk tengok cite Adam & Hawa. Akulah salah seorangnya. Biar takde tv pon kat hostel, yang penting ade sharing tempat aku boleh donlod cite tu. Malam ni dah episod akhir, so drama seterusnya pilihan aku yg bakal menggantikan Adam & Hawa adalah cite Setia Hujung Nyawa. Aku sebenarnya dah baca novel tu. Same mcm novel Adam & Hawa tu lah. Jalan citenye best jugak, tp bile dah dijadikan drama ni macam lg best plak. So, kalau korang terasa nak tengok drama adaptasi novel karya Fatin Nabila ni bolehlah menonton di tv3 dalam slot akasia, pukul 7 malam setiap hari isnin sampai khamis.

Sinopsis:
Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu zain Datin Adibah mengambil keputusan menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.

Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisih faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis dihadapan keluarga masing-masing.

Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagiaan rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.

Sementara itu, datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?


P/S: Selamat Menonton :)