Wednesday, May 9, 2012

Stressssssss......

Assalamualaikum........

Sambil2 menunggu nak p kelas German jap lagi tetibe rase nak menulis. Sebabnye mungkin tgh stress skrg ni. Stress? Stress adalah istilah payung yg merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, anxieti, kemurungan dan hilang daya pertimbangan. Macam tu la yg aku tgh rase skrg ni. Stress nak mati bile bercakap pasal LI dan register subjek ni. Tapi yg paling x boleh bla dan aku rase macam nak sepak2 je bile dgr org ckap pasal LI. Sebabnye aku x dpt tempat lagi kot. Dah la jumaat ni tarikh akhir antar borang SLI. Tension gile la cm ni. Asal aku je yg x dapat. nak kate aku x antar resume, byk kot. Kalau xnk amik intern pon at least balas la NO kat reply letter aku tu. ni tak biar cam tu je. Aku kol ckp dalam proses lg. Aduhai, sabar la hati...Okey la, nk p kelas dulu. Adios. Sayonara..

P/S: Banyakkan bersabar..semoga ade hikmah disebaliknya...

Tuesday, May 1, 2012

Bersih 3.0

Assalamualaikum....

Hai semua! Ape khabar? Sihat tak hari ni? Sy doakan semoga anda semua sihat2 belake. Eh, buat ape tu? Owh, tgh layan facebook ke...hurmmm,balas2 komen pasal Bersih 3.0 ke?huhu.. Itu la, bukan nak ckp ape. Rase malas pon ade gak nak bukak muka buku ni. Kat home je penuh ngan cite pasal Bersih. Ade yang mengutuk. ade yang membela. Macam tadi la, aku bukak je facebook, penuh kat home aku org dok ckp pasal bersih. Ake de bace pasal luahan hati seorang anak polis ni. Bila da bace baru aku paham cm ne perasaan diorg. Betol jugak ape yg die ckp tu. Kite mmg la x rase sebab kite bukan anak polis. Cube kite letakkan diri kite kat tempat diorg. mesti kite pon akan rase mende yg same jugak kan. Sebab tu la aku x suke sgt bercakap pasal hal2 politik ni. Nak mengelakkan daripada mende2 cam gini la. Bukan la maksudnye aku ni org yg x amik tau langsung pasal politik negara tp pada aku bercakap isu2 sensitif cm ni kene la tgok pada tempatnye. Aku pon tau tanggungjawab aku sebagai seorang rakyat cm ne. Memang semua org ade hak masing2 nak memilih, cume kite x tau sama ada pilihan yg kite buat 2 betol atau salah je. Peace!

Dan satu lagi aku de terbace komen saudara ni pasal Bersih. Agak panjang la komen beliau. Aku rase tak salah kalau aku share kat entry aku ni. 

Komen saudara tu berbunyi cam ni: 

Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0

Bismillah....

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya

*****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?


Komen yang lain pula berbunyi begini:

Andai kite mnuduh perkara yang tidak benar tetapi kita membenarkannya ia adalah berdosa...


Andai perkara yang benar tapi kite menuduhnya tidak benar juga kita akan berdosa....

pikirkan la k.................................. jgn gunakan al-quran utk mnjadi ptunjuk agar kite sesama bermusuh.... tapi jadikan al-quran sebagai penawar dan penenang hati....
salam.....





So, pikir2 kan la mane yang baik dan mane yang buruk. Pada aku, kite kene nilai dari perspektif yg berbeza-beza sebelom kite buat keputusan. Tak boleh la nak dgr satu pihak je. Mungkin pihak2 yang lain ade point mereka masing2. Point2 mereka tu kite boleh wat rujukan utk kite menilai dan membuat keputusan yg lebih bijak. 

P/S: Sekadar renungan bersama. Cuma ingin berkongsi.

Thursday, April 26, 2012

Industrial Training....

Assalamualaikum.....

Hai semua! Sihat? Hopefully sihat2 la belaka ye. Hurmm,da lama x menulis. Hari ni baru ade kesempatan. Sekarang ni aku da nak abes sem 6. That's mean aku da nak masuk tahun empat. Tak sampai sebulan lagi aku akan ade final exam. Pastu cuti 3 bulan dan tup2 da masuk tahun empat. Wah,da nak grade rupenye. Rasenye baru lagi aku menjejak kaki kat UMP ni.

Cuti? cuti sem ni aku akan menjalani latihan industri. Tu yang sekarang aku dok pening ni. Tempat LI x konpem lagi. Rabu depan dah nak antar borang SLI. Haih.. Aku apply banyak kilang kot. Daripada 15 kilang yang aku mintak, baru ade 4 kilang yg respon. 2 kilang dah reject, ckp xnk amik intern. 1 kilang bg respon tp xde elaun plak. Bukan aku memilih nak yg ade elaun je tp at least dapat la jugak. Cikit pun xpe,asalkan lepas bayar duit umah ke kan. Sekarang ni aku tgh tggu result dari 1 kilang kat gebeng ni. Encik tu ckp dalam 1 @ 2 hari ni dia akan kol. Sebenarnye salah aku jugak. Mggu lepas die ade kol aku tp aku plak yg jwb. Bukan xnk jawab tp tyme tu aku ngah ade lawatan industri kat Perodua. Nasib2. Aku harap sgt mende ni akan settle cepat2. Kalau aku xdpt kilang sem ni maknenye aku kene amik sem depan. Dan korg tau ape maknenye tu? Maknenye aku kene extend sem. Oh no. Never! Aku tak nak extend. Sbb tu aku berharap sgt yg kilang Mieco 2 akan bgi positive result kat aku. Amin...

P/S: Korang doakan aku ye.. =)

Tuesday, March 13, 2012

Swimming, sakit mate, Johan, bla..bla..bla..

Assalamualaikum........

Hello semua! Da lame x update blog nih. Da dekat 2 bulan. Ape khabar? Hope semuanye dalam keadaan yg baik2 belake. Aku? agak kurang baik la..huhu...

Baru2 ni aku p swimming. Maksud aku belajar berenang la. Seronok? Mesti r..sape x seronok men air kan. Lagi2 da boleh berenang. Memang x igt dunia la duk dalam pool 2. Excited nak belajar berenang la katekan..haha..Nasib baik da boleh berenang,kalau x..Hurmm,xtau la kan.. Tapi 2 la kan,org ckp kalau suke2 sgt nanti dapat duke. Dan mende 2 mmg jadi kat aku pon. 2 la suke sgt kan. Nah amik kau!

Mmg patut pon aku rase. Sbb ape? Sebab kuar x bagitau mak..hehehe..Balasan la 2. Dah sakit baru nak bgtau kan. Pastu dpt dgr ceramah free. Agak lame la sampai panas telinge aku dok melekap kat talipon 2. Mmg padan muke ko Anom..huhu..

Da p cek doktor, nasib baik die ckp x bahaya. Risau gak aku kan, Yela kat mate lak 2. Penting! Nanti nak usha2 da x boleh kan..huhu..Tapi yg x leh bla boleh plak nurse 2 tulis name abah aku Johan dlm surat mc. Johan?? Sape plak 2? Sejak bile aku jadi anak Johan ni? Hahaha...kelakar la nurse 2. Da terang benderang siap pakai spotlight lagi yg kat IC aku tu SITI ANOM BINTI LEHAN.. Adoyai,2 la tulisan doktor sgt kan sampai doktor sendiri pon x pham..haha

Lehan & Johan.. Ejaan pon lain la..haih

Pasni da x boleh p berenang. Semua org da kasi warning. Mak,abah,kakak,awe, abg ijat pon.. Mak ckp kalau nak nak belajar berenang, p belajar kat sungai depan umah 2. Sungai 2?? harapan la..huhu..Air pon paras lutut nak belajar berenang cm ne. Haih, cm ne ni? Hurmm..mungkin lepas ni kalau nak p lagi kene bagitau awal2. bodek2 mak ckit.alahai macam x biase pulak kan..hehe..

P/S: Mak,, minta maap ye. Pasni boleh p belajar berenang lg kan?.. =D

Saturday, January 7, 2012

Apa Erti Sahabat aka Kawan?

Assalamualaikum......

Hai semua! Ari ni tibe2 rase nak menulis. Pasal ape? Macam tajuk yg korg nmpak kat atas 2 la. Entah kenape aku rase nk menulis pasal sahabat aka kawan ni. Maybe di saat ni aku tgh teringat kat seorg kawan aku kot. Hurmm, rase rindu plak kat yanie. Mungkin yanie sumber ilham aku untuk tulis entry ari ni. Hehe..

Adakah sahabat 2 kawan mase kite senang je? Atau sahabat 2 kawan mase kite susah je? Terpulang pada korg nak memahami maksud sahabat 2 mcm mane. Sbb setiap org ade pandangan masing2 kan. Bagi aku, sahabat 2 besar maknenye. Mungkin susah nak jumpe tapi wujud. Kite mmg berkawan ngan ramai org tapi x semua yg kite panggil sahabat kan. Macam aku. Macam korg. Mungkin seorg dua je. Abes 2 macam mane plak yg lain? Yang lain 2 kawan juga tapi sekadar kawan sekelas atau kawan study. Erti sahabat pada aku ialah seseorang yang sanggup berkongsi segala susah senang dan pahit manis bersama. Sbbnye kpd sahabat lah tempat kite mengadu kan. Sahabat jugalah org yg boleh memberi nasihat kepada kite, membantu ketika kite memerlukan pertolongan. Bila kite dah berkongsi semuanya dgn org maknenye kite percayakan org 2. Sbb ape? Sbb mereka adalah sahabat. Tapi bila dah bersahabat, sikap yg kite kene jauhkan ialah sikap mementingkan diri sendiri, talam dua muka. Bila kite dah bersahabat aka berkawan ni, kite kene tau la peranan seorg sahabat 2 macam mane. Ye dop? So, pada semua mereka2 yg bergelar sahabat diluar sana (termasuk juga aku) sama2 la kite jauhkan diri kite dari sikap yg suka mementingkan diri sendiri dan talam dua muka ni. Sbb ape? Sbbnye bile kite ade sifat mcm 2, nescaya kite akan kehilangan ramai kawan. Tak percaye? Try laa.. Kite tgok ade ke org yg nak kawan ngan kite kalau perangai buruk mcm 2 ade dalam diri kite. Oleh itu, kepada kawan2 sekalian tidak kira lah di mana saje anda berada pikir2 kan la ape yg terbaik dan perlu dilakukan untuk menjaga persahabatan kite yg sedia ade ni agar berkekalan selalu. Macam org ckp, kawan ketawa senang dicari, kawan menangis x siape yg sudi. Macam ni eh? Hurmm..lebih kurang la. Huhuhu..

P/S: "If you're alone, I'll be your shadow. If you want to cry, I'll be your shoulder. If you want a hug, I'll be your pillow. If you need to be happy, I'll be your smile... But anytime you need a friend, I'll just be me." - unknown.

Friday, January 6, 2012

Untitle...

Assalamualaikum.........

Salam jumaat semua! Yang ni entry kedua aku utk tahun 20012. Sebenarnya aku xtau nak tulis ape cuma saje2 nak membanyakkan post utk tahun ni. hehe.. Pagi td aku baru selesai menjawab second paper aku, PPC aka Production Planning and Control. Alhamdulillah, soklan xde la memeningkan kepala sbb semuanya soklan dlm buku. Pada sape2 yg dah buat maknenya 2 luck diorg la. Tp bg yg x buat 2 paham2 je la eh. Yg 2 semua salah korg sbb x buat latihan even lecturer dah ckp soklan dlm buku yg akan keluar final. Bertuah juga utk aku sbb soklan 2 seme aku dah buat cuma jawapan je la aku x pasti kan. Betol @ salah yg 2 kene tgok result nanti. Aku harap result aku OK dan kalau boleh A. Insyaallah. Amin.. Sekarang ni aku kene struggle utk PE aka Production Engineering plak. Paper ni ari senin. So, aku de mase 2 hari je utk siapkan soklan2 dalam buku yg tebal mcm kamus Cambridge 2. haha. Itu la kan, tyme study week di kala member2 sebok study aku plak sebok tgok muvi. So, skrg ni terima je la akibatnye. Jgn salahkan ibu mengandung. huhu...

P/S: Dear Sir Soroush Avakh Darestani, I hope u can give me a good result for my both paper, PE and PPC.. =D