Friday, January 11, 2013

Akasia - Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum.....

Dah lame rasenye aku tak mengupdate blog ni. Hari ni tetibe aku rase nak menulis plak padahal aku sebenarnye tak tau pon nak tulis ape. Tangan ni dah gatal sangat kot sebab dah lame tak bukak blog. Al-maklumlah kalau dah jadi budak tahun akhir ni, bz memanjang. Pertamanya bz tengok movie laa.. Yg kedua baru psm.. hewhewhew...

Sekarang ni kat tv seme orang sibuk tengok cite Adam & Hawa. Akulah salah seorangnya. Biar takde tv pon kat hostel, yang penting ade sharing tempat aku boleh donlod cite tu. Malam ni dah episod akhir, so drama seterusnya pilihan aku yg bakal menggantikan Adam & Hawa adalah cite Setia Hujung Nyawa. Aku sebenarnya dah baca novel tu. Same mcm novel Adam & Hawa tu lah. Jalan citenye best jugak, tp bile dah dijadikan drama ni macam lg best plak. So, kalau korang terasa nak tengok drama adaptasi novel karya Fatin Nabila ni bolehlah menonton di tv3 dalam slot akasia, pukul 7 malam setiap hari isnin sampai khamis.

Sinopsis:
Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu zain Datin Adibah mengambil keputusan menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.

Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisih faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis dihadapan keluarga masing-masing.

Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagiaan rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.

Sementara itu, datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?


P/S: Selamat Menonton :)