Wednesday, May 9, 2012

Stressssssss......

Assalamualaikum........

Sambil2 menunggu nak p kelas German jap lagi tetibe rase nak menulis. Sebabnye mungkin tgh stress skrg ni. Stress? Stress adalah istilah payung yg merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, anxieti, kemurungan dan hilang daya pertimbangan. Macam tu la yg aku tgh rase skrg ni. Stress nak mati bile bercakap pasal LI dan register subjek ni. Tapi yg paling x boleh bla dan aku rase macam nak sepak2 je bile dgr org ckap pasal LI. Sebabnye aku x dpt tempat lagi kot. Dah la jumaat ni tarikh akhir antar borang SLI. Tension gile la cm ni. Asal aku je yg x dapat. nak kate aku x antar resume, byk kot. Kalau xnk amik intern pon at least balas la NO kat reply letter aku tu. ni tak biar cam tu je. Aku kol ckp dalam proses lg. Aduhai, sabar la hati...Okey la, nk p kelas dulu. Adios. Sayonara..

P/S: Banyakkan bersabar..semoga ade hikmah disebaliknya...

Tuesday, May 1, 2012

Bersih 3.0

Assalamualaikum....

Hai semua! Ape khabar? Sihat tak hari ni? Sy doakan semoga anda semua sihat2 belake. Eh, buat ape tu? Owh, tgh layan facebook ke...hurmmm,balas2 komen pasal Bersih 3.0 ke?huhu.. Itu la, bukan nak ckp ape. Rase malas pon ade gak nak bukak muka buku ni. Kat home je penuh ngan cite pasal Bersih. Ade yang mengutuk. ade yang membela. Macam tadi la, aku bukak je facebook, penuh kat home aku org dok ckp pasal bersih. Ake de bace pasal luahan hati seorang anak polis ni. Bila da bace baru aku paham cm ne perasaan diorg. Betol jugak ape yg die ckp tu. Kite mmg la x rase sebab kite bukan anak polis. Cube kite letakkan diri kite kat tempat diorg. mesti kite pon akan rase mende yg same jugak kan. Sebab tu la aku x suke sgt bercakap pasal hal2 politik ni. Nak mengelakkan daripada mende2 cam gini la. Bukan la maksudnye aku ni org yg x amik tau langsung pasal politik negara tp pada aku bercakap isu2 sensitif cm ni kene la tgok pada tempatnye. Aku pon tau tanggungjawab aku sebagai seorang rakyat cm ne. Memang semua org ade hak masing2 nak memilih, cume kite x tau sama ada pilihan yg kite buat 2 betol atau salah je. Peace!

Dan satu lagi aku de terbace komen saudara ni pasal Bersih. Agak panjang la komen beliau. Aku rase tak salah kalau aku share kat entry aku ni. 

Komen saudara tu berbunyi cam ni: 

Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0

Bismillah....

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya

*****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?


Komen yang lain pula berbunyi begini:

Andai kite mnuduh perkara yang tidak benar tetapi kita membenarkannya ia adalah berdosa...


Andai perkara yang benar tapi kite menuduhnya tidak benar juga kita akan berdosa....

pikirkan la k.................................. jgn gunakan al-quran utk mnjadi ptunjuk agar kite sesama bermusuh.... tapi jadikan al-quran sebagai penawar dan penenang hati....
salam.....





So, pikir2 kan la mane yang baik dan mane yang buruk. Pada aku, kite kene nilai dari perspektif yg berbeza-beza sebelom kite buat keputusan. Tak boleh la nak dgr satu pihak je. Mungkin pihak2 yang lain ade point mereka masing2. Point2 mereka tu kite boleh wat rujukan utk kite menilai dan membuat keputusan yg lebih bijak. 

P/S: Sekadar renungan bersama. Cuma ingin berkongsi.